Saturday, September 30, 2006

EPILOG CINTA

Epilog Cinta....

Aku bersendirian dikamar yang indah ini
dengan hamparan sungai-sungai permata,
berdindingkan bukit-bukau menghijau,
bertemankan tasbih dan kitab suci.
Lalu aku ukir pada taman hati ini
zikir-zikir dan munajat
untuk renungan mereka yang halus hatinya
dan dekat hatinya pada Allah.

Sejauh mana pun kita terbang,
namun sebenarnya hanya bersandar pada Dia
kita dapat melihat kalbu-kalbu bersayap riang
dikerumuni pohon-pohon zaitun yang manis rasanya.
Di situ wujud diri adalah seikhlas hati
dalam menerangi insan-insan lain
dalam melihat kewujudan Maha Suci Allah.

Dari situ kita bongkar rahsia-rahsia
dalam sujudyang penuh kusyuk
lalu disampaikan hajat dan mengadu keluhan hati
yang tidak terjangkau oleh akal manusia ini.
Tatkala itu, kalbu-kalbu mula terasa rindu
pada dia yang kekal abadi.
Suara-suara hati kita mula berasa
getarakan sulaman cinta bersama-Nya.
Zikir-zikir kasih berbaris-baris tunduk
dan sujud pada Allah,
lalu perasaan hati kita tenang
setenang tujuh lautan yang berdiri diatas Zat-Nya.

Dimalam yang barakah yang penuh barakah itu,
titipkan hati ini pada kalam-kalam Allah
dan pujian itu adalah pada-Nya.
Lalu kita puji Muhamad
kerana dia lah kekasih Allah
dan Muhamad itu menyimpan rahsia-rahsia Allah.
Tangisan yang menyapa pipi
dikala berzikir memberi pengakuan
kecintaan ini pada Allah.
Lalu kita rasa sungguh terharu,
kenapa perlu bongkak
sedangkan pada Dia wujudnya diri kita
Lalu sedalam-dalam taubat itu kita luhurkan
pada nadi-nadi yang bersuara
didinding dosa yang mohon keampunan.
Pada malam itu, kita bersedia
dan terus bersedia mengabdikan diri pada Allah.

Dipersinggahan bulan yang mulia
yang datang sekejap cuma,
terasa amat cepat.
Terkejar-kejar hati ini
berdansa memegang raut wajah-Nya
tatkala pintu-pintu langit itu terbuka.
Betapa rindunya hati ini pada Dia.
Dia yang meliputi segalanya.
Aku cinta pada-Mu
Izinkan aku mendakap keagungan-Mu
Benarkan lah aku menyampaikan berita gembira
pada mereka yang lupa pada-Mu.
Entah esok atau lusa aku fana dalam dakapan-Mu.
Allahuakhabar.... Allahuakhbar... Allahuakhabar......
Jangan engkau tutup pandangan itu.
Lihat lah aku. Lihat lah aku ada disini.
Bukakanlah hijab itu.
Dinding Sirr yang memberi aku
pandangan makrifat-Mu.....

Dalam tangisan yang tidak bersuara
kita berjanji pada-Nya.
Tangisan yang jatuh
dari helai-helai keinsafan berguguran
di atas sungai kudus.
Lalu diangkat ke langit disemai
dengan zikir-zikir kudus
dan disiram bersama daun-daun pelangi.
Lalu hati kita mula rasa tunduk
dan tunduk pada-Nya.
Sejahat mana pun kita, keampunan itu senantiasa ada.
Maka kita tadah tangan berdoa
seraya merebah diri mengaku Dia lah ALLAH.
Maha Suci Allah. Lihat lah Dia,
kerana Dia dekat dan sedekat urat leher kita.
Dalam kita menuruni lembah-lembah duka,
kita bingkas bangun dan berdoa
kerana Dia senantiasa mendengar
keluhan hati orang-orang yang mukmin.
Pohonlah wahai sahabat-sahabatku.....
dan katakanlah kamu kenal Dia!!

azhar a.k.a curasimanjakini
(esasterawan.com)

Tuesday, September 26, 2006

Ku riba bulan-Mu




Ku riba bulan-Mu

HIjab diriku dalam sinarnya yang kudus
dihelai-helai dinding zikir.
Jasad-jasad berzikir pada urat dalam akar
Aku fana dalam dakapan-Mu.
Deretan kalbu bertahmid di celah-celah jagat raya.
Tersentuh aku pada renyai-renyai hujan
yang membasihi daun-daun nurul al-Aqliyah
ketika ku lihat indahnya bulan.
Lalu ku riba bulan-Mu
dalam Syuhdul Kasrah Fil Wahdah
tak kan ku lepaskan Mu
sampai bila-bila

azhar a.k.a curasimanjakini
(esasterawan.com)

Bersih Putih Jernih

Bersih Putih Jernih

Sebersih dan seputih dan sejernih kalbu yang memegang rahsia atas nama rahsia yang tersembunyi huruf-huruf zikir yang ditiraikan pada nama Zat, lalu ditiup dengan cahaya Nur Muhamad pada Di dari ubun-ubun lalu dijadi kan wadi itu sungai yang jernih itu tempat rahsia zuriat lagi suci lagi menyucikan. Sebujur adam dihembusnya ruh yang kamil, lalu berhimpunlah cahaya-cahaya Nur menyaksikan keagungan Ilahi... Maha Suci Allah, Maha Kuasa!......


azhar a.k.a curasimanjakini
(lepas subuh... 7pg 1 ramadhan..)

Wednesday, September 20, 2006

Ramadhan datang lagi











Ramadhan datang lagi


Sedang aku leka dalam pelukan-Mu
Rejab ghaib di dada langit
Syaaban tenggelam disebalik awan
lalu ku lihat selangit tamar
ditanam dibibir jauhari
diukir secawan zikir taman hati
dilafaz bersama sekalung kalimah suci
lalu azan subuh mendakap kalbu
di sini cinta melaut kembali
ibarat selautan kasturi
lalu terbuka pintu-pintu langit
indah lagi berseri
Ramadhan datang lagi
lapar dahaga iman diuji
sesaat rindu kasih menanti
dalam debar cinta bersemi.
Terawih menunggu di malam hari.


azhar a.k.a curasimanjakini
copyright © 2006 curasimanjakini
(Salam ramadhan buat semua....)

Sejengkal cuma











Sejengkal cuma

Jauh dilubuk hati, aku menangis melihat kafan hati yang tercalit warna dosa, dijirus setelaga nanah sepekat nila, dinding liang lahad dihempit tanah, sebujur jasad lara terseksa, balasan dosa dan noda dunia. Hari pembalasan sejengkal cuma, beringatlah wahai saudara, jangan leka pada dunia. Doa dihulur sujudlah senantiasa, pada yang Esa janganlah lupa.


Jauh dilubuk hati, aku terasa syahdu melihat gemerlapan bintang menerangi kosmos, buih-buih awan kebiruan berdansa riang, gumpalan salji berderai bersemburan diudara, harum kasturi meresap di tikar langit. Segalanya berzikir dan sujud pada yang Esa, Dia dekat sejengkal cuma, cintaku ini ku biar dalam dakapan-Nya. Ampunkan dosaku duhai Rabb!

azhar a.k.a curasimanjakini
(esasterawan.com)

Saturday, September 16, 2006











Metakosmos Singgahsana-Mu


Aku ketemu singgahsana
menjelma megah di selembar pelangi
dinding jantungku sujud seketika
titis air mata sesungai mutiara
hingga larut dalam urat pada akar
tak kan ku biar jarak ku jauh dengan Mu
ku biar munajatku mengapai Zat Mu
di atas metakosmos ini airmata ku luruh
dalam peluk cium Mu


azhar a.k.a curasimanjakini
copyright © 2006 curasimanjakini

Di Menara itu











Di menara itu


Di menara itu
Senjakala dirimbuni dedaunan sukma
Sayup-sayup takbir itu menyusup
kebenak jauhari yang terlelap dikelopak mutiara
nun jauh disana ribuan camar berterbangan
menyusur alunan pelangi zikir
yang indah merdunya

Di menara itu
Deruman ombak berbisik-bisik
bersatu merenjis pantai-pantai
yang pasirnya permata
sejambangan mandala sukma
menguntai cahaya Insaniyah
membelit zarah-zarah rindu
yang mengucap syahadah
Indahnya bak debunga cinta
rajuk kasih ketemu jua
berdansa menyentuh raut-raut wajah-Nya
kalimah-kalimah suci berbunga harum baunya
mendamba rindu kasih selamanya


azhar a.k.a curasimanjakini
copyright © 2006 curasimanjakini

Thursday, September 14, 2006

Apa yang aku tidak lihat

Apa yang aku tidak lihat


Aku lihat
Selangit zikir turun membasahi lautan
Aku lihat
selautan kalbu bertahtakan permata jingga
Aku lihat
seraut wajah bermahkotakan mutiara biru
Aku lihat
sesulam selimut sutera berterbangan
Aku lihat
seawan kalam berbisik-bisik riang
Aku lihat
sebening sungai sejernih berlian
Aku lihat
sesufi insan bermandikan nur
Aku lihat
apa yang engkau lihat
lihatlah Aku



azhar a.k.a curasimanjakini
(pandanglah dengan pandangan mata hati...)

Wednesday, September 13, 2006

Dalam lelap jaga

Dalam lelap jaga


Redup pagi itu kian sejuk
dibibir subuh itu bisikan bayu mencecah pipi
hati yang kotor ini aku simbahkan
dengan zikir-zikir pada Sang Ada
Terlelap aku dalam lelap yang Ada
Dalam lelap jaga aku ditikam kedua-dua belah mata
Dalam lelap jaga aku ditikam kedua-dua belah tangan
Dalam lelap jaga aku ditikam kedua-dua belah kaki
Dalam lelap jaga aku dipotong lidah putus dua
Dalam lelap jaga hati ku dibawa
terbang bersama tentera-MU
Jauh, jauh nun disana.


azhar a.k.a curasimanjakini
(Salahkah aku.. menyampaikan berita-berita gembira?????)

Tuesday, September 12, 2006

Bila

Bila


bila solat berlapikkan syahadah
bila sujud berarahkan Qiblat
bila zikir bermandikan cahaya
bila pandangan bertiraikan Sirr
bila ketenangan bertunas di lautan
bila rindu padaMu berakar dihati
bila cinta bertaut kembali pada janji
yang kekal nan abadi




azhar a.k.a curasimanjakini

Indah seindah Nya

Indah seindah Nya

sungai-sungai itu umpama permata
aku menyelam ke dasarnya
mencari huruf ALIF
Dalam huruf itu
aku melihat tentera Nur
bercahaya-cahaya indah sinarnya
Ku hirup hembusan bayu
lalu ku buka pintu-pintu rahsia
aku melihat zikir-zikir itu berbicara
memberikan makanan pada Zat Nya.
Makrifat itu datang menyapa
Epilog cinta bertahmid dijiwa.
lalu singgah menyampai pesan
katakan kepada mereka
Indah Seindah Nya
kekal selamanya



azhar a.k.a Chura si-manjakini

Saturday, September 09, 2006

Takkan ku biar rindu itu berlalu

Takkan ku biar rindu itu berlalu

Di persimpangan AR-RUH
Aku melihat alam yang tersirat makna
di pertemuan lantunan ombak kebiruan itu
lalu ku tatapi lautan itu terkoyak
Sang Ada datang membelah samudra
ketika zikir-zikir ini meresap jiwa

Aku setulus cinta
takkan ku biar cinta ini berlalu
dipersimpangan itu.
Dalam metakosmos gemerlapan singgahsana Mu
aku melihat sinar cahaya bertunas
disetiap celah-celah kerak bumi ini

Jangan biarkan hitungan nafas terhenti
menyebut nama Mu
sambil menunggang kuda di Nafsul Muthmainnah
dan biarkanlah cinta ini kekal
tak reput di anai-anai.


azhar a.k.a curasimanjakini

Friday, September 08, 2006

Gula yang ku makan itu manis rasanya

Gula yang ku makan itu manis rasanya

Wahai sahabat ku
yang sedang lena beradu
tidakkah engkau ingin
memegang seraut wajah-NyA
tidakkah engkau tahu erti kecintaan pada wujud yang Ada.

wahai sahabatku
yang sedang lena beradu
tidakkah engkau teringin
merasa kemanisan malam itu
tidakkah engkau tahu ianya semanis gula

wahai sahabatku
yang diselubungi selimut busuk itu
tidakkah engkau rasa
badan mu berbau busuk
tidakkah engkau rasa hampirnya nisan itu

wahai sahabatku
marilah bersama ku
melempar kata
tentang Agung dan Perkasa-NyA
tentang Kasih dan Sayang-Nya
tentang lemah dan hinanya kita
atas dosa dan noda
yang pernah kita percikkan dulu...


azhar a.k.a curasimanjakini
(jalan pulang itu ada........)
e-sasterawan.com

Jalan yang ku tuju

Jalan yang ku tuju.


Rabb,
dimanakah tanahku berpijak
tak kala hati ini sarat dengan cinta pada-MU

Rabb,
kenapa perlu manusia itu takut
kalau dia tahu yang ESA itu hanya-MU.

Rabb,
Kenapa ada perlu berbeza pedang Sirr
Jika mereka tahu yang wujud itu DIA

Rabb,
Benarkan lah mereka dengan Makrifah-MU
tunjuki jalan benar
aku berlindung daripada bisikan syaitan
yang menyesat jalan MOKSA itu.

Rabb
Ampuni lah aku jika melebihi-MU.
Tiada wujud aku selain wujud-MU.
Alif Lam Meem.



Azhar a.k.a curasimanjakini
e-sasterawan.com

Ayahanda yang aku kenal

Ayahanda yang aku kenal


Aku tertidur sebentar
Tiba-tiba aku berada di kebun langit itu,
Ayahanda panggil aku
Bersolat bersama
Aku malas aku biarkan
Ayah aku mengadap Allah

Hati aku tiba-tiba hiba
Hati aku tiba-tiba sayu
Aku dengar doa itu,
Doa Ayah ku
Doa di lautan tujuh itu

Begini bunyinya…

Ya Rabbi!
Duhai Allah
Yang menguasai langit dan bumi dan menciptakan
diri ini
Yang menetapkan jantung ini
Yang memberikan nikmat yang tiada
bertepi
Engkau lah yang mencipta dan menguruskan diri ini setiap waktu

Rabb!
Buka kan hati ni agar selalu sedar
Bahawa diri ini milik
Mu,
Jangan biarkan kelebihan yang Kau kurniakan
membuatkan aku ujub,
riak, dan takbur

Rabb!
Jangan engkau biarkan pemberian MU memperguna
diri ini
Betapa pun dunia ini engkau berikan.
Jangan biarkan dunia ini
mengisi hati ini
Cukupkan hati ini hanya engkau ya Allah
Jangan biarkan
pujian dan penghargaan mahluk-mahluk Mu
mencuri hati ini
Jangan biarkan
kedudukan mencuri hati ini

Ya Allah izinkan hati ini hanya untuk MU
Hanya kerana MU
Hanya merindukan Mu
Hanya berharap pada Mu
Tiada
tuhan selain Engkau Pencipta Diri ini
Tiada tuhan melainkan Mu Ya Allah

Aku melihat suci hati Ayah ku
Aku terus meluru
Bangun memeluknya
Ayah ku yang tercinta

Ayahanda ku terus mencium dahi ku
Airmatanya mengalir laju
Aku paham harapanya itu
Pesan ayahku
Mudah-mudahan anak ku ini
Tubuhnya lekat pada dunia, tapi hatinya lekat dan mencintai Allah Maha Esa
Semoga apa yang aku berikan itu kamu manfaatkan senantiasa

Dalam pelukan itu
Ayahku sempat bertanya
Kamu dah jumpa Dia?
Aku hanya mampu tersenyum
Lidah ku kelu tidak terkata.



azhar a.k.a curasimanjakini
s-sasterawan.com

Ketika Rakaat Itu

KETIKA RAKAAT ITU

Aku terdiam
aku terlihat wajah itu dalam KASYAF ini
ketika itu zikirku terputus
aku terlihat wajah itu perhatikan aku
ketika itu datang lah cahaya
mengapa begitu?

Bukankah wujudnya diriku
kerana wujudnya DIA.
DIA lah yang menyimpan
rahsia ALIF-LAM-MEEM

Ketika rakaat itu
wujud yang ESA menjelma
dihembusnya ditelinga
"AKU dengar"
seram bulu romaku
rupanya Dia lebih dekat dari urat leherku

Ya ALLAH, sesungguhnya
Engkaulah yang menyeliputi segalanya
Aku rindu padaMU
Rindu akan bisikanMU itu
Ketika ini di rakaat ini
aku rebah disisiMU
Zikir hati ini tak kan putus
padaMU ya ALLAH.


azhar a.k.a curasimanjakini

Lautan Tujuh

Lautan Tujuh


Sedangkan aku berjalan di makam itu
datang pada aku satu lembaga
mengaku dia la tuhan semesta
"Sembah lah aku, aku TuhanMU"
Aku menjawab
Jika benar engkau tuhan ku
kenapa engkau datang mencari ku?
Aku berzikir lalu aku patah-patahkan tulangnya
terbakar lah ia terapung diudara

Sedangkan aku berjalan di makam itu
datang pada aku satu lembaga
Warak rupanya luhur tutur katanya
Mengaku dia lah Muhamad
"Kamu tahu aku sapa, aku lah Muhamad"
Aku menjawab
Jika benar engkau muhamad
tempat mu bukan disini
Aku berzikir lalu aku patah-patahkan tulangnya
ghaib lah ia sekilas cuma

Sedang aku berjalan di makam yang lain pula
Aku terdengar bisikan suara
suara yang datang entah dimana
Maka kata lah ia,
Kamu telah sampai ke tempat yang
kamu tuju,
jaga lah makam ini sebaik mungkin
kongsi lah bersama
hidangan lazat di lautan tujuh
azhar a.k.a curasimanjakini

Kulit-kulit yang ku kupas


Kulit-kulit yang ku kupas



Ku kupas keluasan itu, namun
Tiada yang luas kecuali Dia Yang Luas.
Ku kupas penglihatan itu, namun
Tiada yang melihat kecuali Dia Yang Melihat.
Ku kupas pendengaran itu, namun
Tiada yang mendengar kecuali Dia Yang Mendengar.
Ku kupas pengetahuan itu, namun
Tiada yang tahu kecuali Dia Yang Tahu.
Ku kupas segala yang ada, namun
Tiada apa-apa yang ada kecuali Dia Itu Yang Ada.


Apa lagi yang mahu ku kupas?
Kecuali mengupas kulit jiwa yang tenang….





azhar a.k.a curasimanjakini

Kenapa aku menangis



Kenapa aku menangis



Kenapa aku menangis
tak kala mengadapMU
Kenapa aku menangis
tak kala aku berdamping dengan MU
Kenapa aku menangis
tak kala aku rindu dendam padaMU
kenapa aku menangis
tak kala sejadah itu aku hamparkan
Kenapa aku menangis
tak kala aku melihat rumah MU
Kenapa aku menangis
tak kala sebutir kalam dalam KALAM MU.
Kenapa aku menangis
Kenapa?
kenapa?
kenapa?
kenapa YA ALLAH

kenapa aku menangis selalu.



azhar a.k.a curasimanjakini

Aku jumpa sejadah itu


Aku jumpa sejadah itu


Sejadah uzur itu dipijak
Sejadah baru itu dicium

Sejadah uzur itu dilempar pada kamar hanyir baunya
Sejadah baru itu dihampar pada kamar harum baunya

Sejadah mana harus aku pilih
Sejadah mana harus aku jaga

Sejadah uzur itu dalam makrifah aku nampak AL-RUH dan AL-NAFS
Sejadah baru itu aku nampak NARRR

Sejadah uzur itu lah yang aku pilih
Kerana aku telah jumpa HUM FIHA ABADA




Azhar a.k.a curasimanjakini

Izinkan aku terbang bersama Tentera-MU

Semangat yang kau berikan itu telah aku titipkan dihati agar aku mengasah bakat aku disini di genre sastra puisi sufi. Buat Saudara H.B Johar, terima kasih kerana membuka jalan ke kebun langit itu.