Aku jumpa sejadah itu
Sejadah uzur itu dipijak
Sejadah baru itu dicium
Sejadah uzur itu dilempar pada kamar hanyir baunya
Sejadah baru itu dihampar pada kamar harum baunya
Sejadah mana harus aku pilih
Sejadah mana harus aku jaga
Sejadah uzur itu dalam makrifah aku nampak AL-RUH dan AL-NAFS
Sejadah baru itu aku nampak NARRR
Sejadah uzur itu lah yang aku pilih
Kerana aku telah jumpa HUM FIHA ABADA
Azhar a.k.a curasimanjakini
No comments:
Post a Comment