Friday, September 08, 2006

Ayahanda yang aku kenal

Ayahanda yang aku kenal


Aku tertidur sebentar
Tiba-tiba aku berada di kebun langit itu,
Ayahanda panggil aku
Bersolat bersama
Aku malas aku biarkan
Ayah aku mengadap Allah

Hati aku tiba-tiba hiba
Hati aku tiba-tiba sayu
Aku dengar doa itu,
Doa Ayah ku
Doa di lautan tujuh itu

Begini bunyinya…

Ya Rabbi!
Duhai Allah
Yang menguasai langit dan bumi dan menciptakan
diri ini
Yang menetapkan jantung ini
Yang memberikan nikmat yang tiada
bertepi
Engkau lah yang mencipta dan menguruskan diri ini setiap waktu

Rabb!
Buka kan hati ni agar selalu sedar
Bahawa diri ini milik
Mu,
Jangan biarkan kelebihan yang Kau kurniakan
membuatkan aku ujub,
riak, dan takbur

Rabb!
Jangan engkau biarkan pemberian MU memperguna
diri ini
Betapa pun dunia ini engkau berikan.
Jangan biarkan dunia ini
mengisi hati ini
Cukupkan hati ini hanya engkau ya Allah
Jangan biarkan
pujian dan penghargaan mahluk-mahluk Mu
mencuri hati ini
Jangan biarkan
kedudukan mencuri hati ini

Ya Allah izinkan hati ini hanya untuk MU
Hanya kerana MU
Hanya merindukan Mu
Hanya berharap pada Mu
Tiada
tuhan selain Engkau Pencipta Diri ini
Tiada tuhan melainkan Mu Ya Allah

Aku melihat suci hati Ayah ku
Aku terus meluru
Bangun memeluknya
Ayah ku yang tercinta

Ayahanda ku terus mencium dahi ku
Airmatanya mengalir laju
Aku paham harapanya itu
Pesan ayahku
Mudah-mudahan anak ku ini
Tubuhnya lekat pada dunia, tapi hatinya lekat dan mencintai Allah Maha Esa
Semoga apa yang aku berikan itu kamu manfaatkan senantiasa

Dalam pelukan itu
Ayahku sempat bertanya
Kamu dah jumpa Dia?
Aku hanya mampu tersenyum
Lidah ku kelu tidak terkata.



azhar a.k.a curasimanjakini
s-sasterawan.com

No comments: